salam to All.


Tuesday, September 27, 2011

My September Soul






My September Soul

Gugusan gugusan rindu,
masih bertamu di kalbu,
Ada jingga dan ada ungu,
sebuah jiwa mengulit irama sendu,
sedang suara angin masih bisu,
dimanakah kamu?
Yang dulu pernah bertahta di hatiku.

Puing puing kaseh berguguran di laman,
sebuah kisah hati yang kehilangan teman,
bebisik dedaun yang bertukar perang keemasan,
Dalam sedu sedan yang di sembunyikan,
bertaut dalam kemilau mentari petang,
sebuah keluhan resah terbang di awangan.
terbiar keseorangan.
merawat rawan hati seorang perempuan.

.....Ojie~28 September '11...


Bila Rindu Berbisik....

terdengar kesah angin,
pada kerusi kerusi itu,
lelah dalam penantian, sejak dinihari,
melepasi senja, 
masih sunyi.
berbisik rintihan kaca,
dari balik jendela,
Retak hati sang perempuan,
yang masih berduka dalam Diam.
Rindukah yang bertamu,
dari celah bebayang di dinding,
sedang sang peria masih hilang,
dalam penantian yang panjang.
melewati petang.

kerusi kerusi itu masih kosong,
seperti hatinya.
yang membeku.
merindu.

Ojie~ vistana. KL.


Aku, Dia dan Sebuah Laci..


Sekuntum carnation kering, sebuah puisi,
Pernah Ku jumpa di dalam laci,
Siapakah empunya diri,
Yang menyimpan rahsia hati,
Mungkin takut hasrat di pandang sepi,
Aku baca sambil menggigit jari,
Biarlah ku simpan rapi,
Boleh di baca di waktu bersendiri.

Hari dan minggu silih berganti,
Ada pula cokelat berbungkus rapi,
Perisa coffee dan strawberry,
Ku lihat wajah teman berseri seri,
Maklum, dengan mereka jua juadah ku kongsi,
Tak kan nak makan sendiri,
Tak habis kan basi nanti,
Bila teringat terasa juga gelihati.

Tiba tiba tahun sudah mahu berakhir,
Bergelumang buku dan projek yang tak pernah henti,
Ada pula kad Raya pengganti diri,
Tanda tangan pun tidak ku kenali,
Waktu berpisah sudah menjengah kesisi,
Secret admirer tidak juga ku jumpai,

Peperiksaan habis, 
aku pun berkemas rapi,
Tiba waktu kampus di tinggal pergi,
Selamat tinggal kuliah dan studio archi,
Aku, dia dan sebuah laci.
Menjadi saksi perjalanan di sini, 
Semua kenangan ku simpan di hati,
Masih tertanam segar di sanubari….
Terkadang datang menjengah ke alam mimpi.

Ojie~. suatu petang yg sepi. september '2011


Izinkanlah

Izinkanlah,
ku tumpang mesra,
pada senyum mu nan manis,
menemani malamku,
mengusir sepi ke tepi.
Izinkanlah,
ku tumpangi rindu,
pada kerdip mata nan manja,
membelai sukma,
memeluk rasa.
bila hati beselimut hiba.
Izinkanlah,
buat sementara ini,
Ku tumpangi hati,
mengusap mimpi,
dalam kenangan mesra,
cerita antara kita,
Izinkan,
Kubawa semua nya,
ke satu daerah sendiri,
menjadi sejarah,
pada sebuah zaman remaja....

Ojie~april97'



Bertamu Rindu
Semalam,
suara angin berbisik sayu,
gemersik di telingaku,
nada nada sendu,
adakah itu tanda kau rindu?
semalam,
pucat bulan sembunyi malu,
dibalik awangan kelabu,
pungguk kah yang berlagu,
dalam irama yang memilu,
adakah itu lagu hati mu?
Semalam,
adakah mimpi itu bertamu rindu,
datang mengetuk ngetuk pintu ku,
Yang sudah lama terbiar bisu...
ojie~26 april.11

Sunday, September 25, 2011

Open House Mula berakhir...



Assalamualaikum.

Nampaknya Syawal sudah sampai ke penghujungnya. Warga Kota masih lagi meriah dengan rumah terbuka, maklum, hari kerja tidak begitu sesuai untuk menjemput rakan rakan yang sibuk untuk bersantai sambil menjamu selera. Penghujung Syawal menjadi rebutan bagi mereka untuk berlumba lumba mengadakan majlis raya..dan sudah tentu para jemputan di jamu dengan masakan ala-Raya lagi, rendang, lemang, ketupat, kuah kacang, lontong, kurma, kari, sambal tumis, dan segala jenis kueh mueh dan manisan yang tentunya sungguh lazatttt…mmmmmm….jika tiga empat rumah sehari kita di jamu dengan lauk pauk yang sama mesti muak kan……dan kerana itu saya sediakan masak asam Bugis (versi saya) ikan susu ni, di temani ayam goring kunyit, sambal belacan, ulam dan nasi panas panas….mmmuahhh…sudah cukup membuka selera dan lari dari tema masakan lemak berkrim open house aka rumah terbukaaa…;))


Dengan kata lain Jemputan rumah terbuka hari ini…(ahad) semua nya berada di luar jangkauan saya..jauh semuanya, jadi kami makan di rumah saja. He he he heeeh.



Masak Asam Bugis ikan ‘Bolu’ / ikan Susu.

Pertama kali saya kenal ikan Bolu dan masak asam Bugis ini adalah beberapa tahun dahulu, sewaktu pertama kali berkunjung ke rumah mentua di Sabah. Bukan saja masakan ini saya tak pernah rasa, ikan nya juga saya tak kenal. Mengikut kata hubby, ikan ini Cuma terdapat di Sabah…saya meng ‘ohhhhhhhhh..’ kan saja..patutlah saya tak kenal…bentuk ikan ini menyerupai ikan belanak pada mata saya, Cuma saisnya agak besar dan bentuk badannya bulat. Mempunyai Banyak tulang..rasanya agak lemak mengingatkan saya pada rasa rainbow Trout….Bila berada di KL dan teringin memasak asam ini, saya mencuba sejenis ikan yang mirip bentuknya dengan ikan Bolu..yaitu ikan susu, (mengikut nama yang diberikan oleh Giant) …;)). Mungkin di negeri berlainan, nama nya berbeza. Bagaimanapun, rasanya tidak mengecewakan, sesuai dengan resepi masak asam ini.
Masakan ini juga mengingatkan saya pada masakan kelantan, menggunakan asam keping, ikan singge.....huhuhu...ringkas dan menyelerakan.

 Masak asam ..ala bugis

Masak Asam Bugis ikan ‘Bolu’ / ikan Susu.

 (ini versi yang telah saya ubah mengikut citarasa saya, versi asal lebih simple….)

Bahan Bahan.

Dua ekor ikan Bolu atau ikan susu sederhana besar.
5 lawang bawang merah,
3 lawang bawang puteh.
2 inci halia muda
Sedikit cili kering.
2 sudu besar asam jawa, (ambil airnya)
Satu kiub pati ikan bilis.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula (optional)
Sedikit minyak untuk menumis.

Sayur sayuran…tomato dan bunga kobis contohnya.
Atau boleh juga di gunakan tomato dan timun atau zuqini.

Cara cara:-
Ikan di Cuci dan di  potong. Ikan ini agak hanyir, jadi perlu di bersihkan betul betul. Toskan ketepi.

A: Cili kering di buang biji dan di potong halus. Rendam air sekejap. Tos.
Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.

Tumiskan bahan A sehingga wangi. Kemudian masukkan air asam jawa, (tambah air secukupnya bagi menenggelamkan dua ekor ikan . ) Biarkan mendidih.
Masukkan kiub ikan bilis, garam, gula, dan  akhirnya  keratan ikan . Didihkan sehingga ikan masak.

Masukkan sayur sayuran pilihan anda.  Renehkan sebentar. 
Tutup dan matikan api.
Hidangkan panas panas.




Ikan Susu...


Antara bahan bahannya..mudah..


Cili seket biar kick...
potonggggg.....

Tambah Sayur...untuk resepi yang lebih sihat.


Tumissss.....biar wangii...
Selamat mencuba ya...menu yang kurang lemak dan sesuat bagi selera kampung...Dengan itu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Syawal buat pengunjung semua, tak kira pembaca senyap atau pun sahabat2 yang mengenali saya. Wassalam. Mungkin Kita kembali dengan tema autumn?....Fuhhhh musim gugur adalah waktu kegemaran saya suatu waktu dahulu...long long time ago.....;'(

Wednesday, September 21, 2011

Triffles Tahajjud Cinta



Tahajjud Cinta? Kenapa dengan nama tu?....


itulah reaksi pertama yang ku dapat masa nak buat puding nim...he he he
Tahajjud Cinta, siri drama baru TV3 yang mempunyai pengikutnya sendiri, membaca barisan nama nama pelakun nya saja membuat anda teruja untuk menontonnya. Semua nama nama besar dalam industri, semua hebat hebat...dan kerana itu juga saban Jumaat malam aku tertunggu tunggu kesinambungan jalan ceritanya.


Tapi kenapa dengan Puding ini? Haaaaaa.....ini mengikut cita rasa dan Naluriku sendiri. Naluri seorang perempuan, seorang Isteri juga barangkali.....;))


Lapisan lapisan yang bakal membuka selera..



Kemudian tiba-tiba anak ku bertanya..."kan Ustaz tu ada 4 isteri mama..mama buat tiga lapis saja " . Lurus dan tulus soalan dari budak 8 tahun.Tak perasan pulak dia sempat memerhatikan aku kehulu kehilir di dapur sambil cuba men'snap' gambar puding sendiri..he he he


"oh....kan ustaz dah ceraikan isteri no 2 dia, yang bernama Qadirah..." dan ustaz belum lagi berkahwin dengan Seri"..jadi buat masa ni, isteri ustaz cuma 3 saja....." jawab ku sambil memerhati wajah anakku...fahamkah dia" tanya ku dalam hati. Dia cuma mengangguk ngangguk tanpa kata, kemudian meneruskan permaianan video game di Ps2 nya yang sudah agak uzur.


Bebalik kepada namanya. Ku pilih watak2 isteri dalam drama itu untuk di wakilkan dalam lapisan lapisan triffles ini...di dalam gelas, bukan seperti  puding triffles biasa yang di buat dalam mangkuk leper. Aku sengaja ingin melihat lapisan2 itu...nampak cantik dan menyelerakan bukan?..seperti kita melihat hidup orang berpoligami, nampak aman sentosa dan bekerjasama dari kacamata luar...sampai membuat sesetengah lelaki iri hati dan teringin untuk ber isteri lebih dari satu...hmmm.hakikatnya?....tidak perlu ku bincang disini, issu poligami ni sensitif sikit, kena ada mood yang betul baru bersemangat untuk berdebat pasal isu ni....


Lapisan 1.
Hamani. Di pegang oleh Erma Fatima sendiri.
Watak yang lembut, taat, setia, sabar, tapi masih tegas dalam menerajui keluarga sebagai isteri pertama.
Bancuhan cream caramel sesuai menjadi base/ lapisan pertama ini. Lembut, manis, lemak, dengan cairan manis tersembunyi didalam nya. seperti air mata Hamani yang sering menitis dalam diam, dalam kerelaan. Walau pun soft and creamy, masih teguh untuk di jadikan sebagai tunggak puding ku...


Lapisan 2.
Syarifah. Di bawa oleh Melissa Saila.
Watak yang agak tegas, berterus terang, dan tidak mahu berselindung tentang rasa cemburu, iri hati, dan tuntutan kasih yang semakin berkurangan dari sang Ustaz. Namun dalam keras, Syarifah masih akur dengan hukum2 alam.Masih cuba bersabar dalam menuntut hak haknya sebagai isteri.
Adunan Jelly berperisa Oren ku pilih. Lembut, manis dan sedikit masam dengan aroma oren, compliment the sweetness of the cream caramel below.Transparent, menonjol dengan warnanya, telus dengan sikapnya.ada rasanya yang tersendiri, tetapi masih lazat untuk di jadikan kombinasi bersama rasa yang lain.



Lapisan 3.
Umairah. Di dokong oleh Dira abu zahar.
Dengan wajah lembut, Taat, mengalah, halus tuturkata, menghormati isteri2 yang lain. Jiwa yang sensitif dan cepat menangis. Sebagai isteri ketiga (bongsu) Umairah menjadi tumpuan utama ustaz. Selalu di lebih kan.Mungkin kerana wajah ayunya, mungkin kerana layanannya...ooops! Sebelum ada Seri, Umairah lah kesayangan ustaz...
Custard. Seperti triffles biasa, sering ada lapisan custard ini. rasanya yang lembut, lemak, manis memang menjadi pilihan lapisan triffles. Custard boleh menjadi kombinasi bagi banyak kueh mueh. Secara sendirian, memang sedap dimakan, bersama yang lain juga tidak pernah mengecewakan. Seperti umairah, sentiasa menjadi pilihan, sentiasa membuka selera...he heh hee..


Hiasan. pilihan anda sendiri.


Aku teringin untuk meletakkan Strawberry dan whipped cream sebagai topping triffles ini. Tapi stock ngak ada daaaa....jadi, cokelat gulung pun jadilah. Tentunya whip cream dan strawberi boleh menjadi Seri, tumpuan utama, penyeri bagi setiap gelas triffles ini....Seri, cantik, muda, cepat mengalah pada Takdirnya...Seri, dambaan ustaz, juga Cinta hati Sollehuddin...Teringat jer Remy Ishak dan Aaron Aziz..terus berselera nak makan..muaha ha ha ha..


Lapisan pink cream caramel dan jelly di siapkan dulu.


Anda juga ingin mencuba resepi Triffles Tahajud Cinta? Begini....


1) cream caramel.
4 biji telur.
1 sudu tepung custard. (bird)
1/4 tin susu pekat. 
1/2 tin air.
2 sudu tepung jagung atau custard.
sedikit vanilla dan pewarna pink..atau apa2 pilihan warna lain.
semua bahan di pukul/kacau rata dan masukkan ke dalam bekas (gelas/mangkuk)
kukuskan selama 20-25 minit.
Angkat dan ketepi.


2)Crystall jelly. Nona menjadi pilihan saya.
Bancuhkan serbuk jelly bersama air mendidih, ikut sukatan pada peket jelly anda. selalunya dalam 400-500ml air.
untuk 6 gelas ini, 1 packet cukup.
Tuangkan adunan jelly tadi kedalam gelas caremel yang telah masak.
ketepikan. Jelly membeku dalam masa 1-2 jam.


3) custard.
2/3 tin susu cair 
2/3 tin air 
5-6 sudu gula..
dimasak atas api. 
(sambil memasak adunan di atas, bancuh 3 sudu 
tepung kastad dengan 1/2 gelas air). 

Bila susu dan mendidih..
kecilkan sedikit api..
masukkan bancuhan tepung kastad..
kacau..sehingga adunan tadi menjadi likat. 
Tuang ke atas lapisan jelly dalam gelas tadi.

biarkan sejuk...atau simpan dalam peti sejuk.

Hiaskan dengan fruits cocktails atau hirisan buah,atau  apa saja kegemaran anda...menggunakan cairan caremel yang di tuang ke atas lapisan custard juga satu pilihan yang unik....;))

(caremel..cairkan 5-6 sudu gula dengan 3sudu air di atas api perlahan, sehingga menjadi satu cairan perang pekat, tuang ke atas dessert anda sebagai manisan).....

ohh Gambar...gambar mesti ada...he he he
lapisan jelly itu menonjol bukan..telus...
menggiurkan?..tidak?....;))
Yummyyyyyyy....
Pengkritik tetap di dapurku, yang sentiasa akan kata
'emmmmm shedap nyeee..."

September rains....

Ada sesuatu tentang bunga dan rintik hujan. 
Seringkali, pagi selepas hujan menjadi kegemaranku untuk keluar mencari subjek untuk photoshot. Dan seringkali, cuaca menjadi setback utama, mendung, hujan, takut kamera basah...tapi jika anda bertuah, mentari yang tiba tiba muncul selepas hujan adalah seperti waktu golden moment petang hari. Dunia menjadi sungguh indah ketika itu, terutama jika di lihat dari lensa kamera anda pada dunia kecil yang tidak nampak dek mata kasar kita....Dan aku sangat suka pada rintik rintik yang tertinggal di atas dedaun dan bebunga...segar, indah, menjadi terapi minda yang ideal.

Disni beberapa keping gambar bunga dan droplets yang ku suka.
Ada banyak lagi...akan ku selongkar hard disc bila berkesempatan, sementara itu..enjoyyyy...;)








Tuesday, September 20, 2011




whisper of the autumn breeze,.....

 When i hear the wind blow,
all across the Kepplestone High,
Is it you i hear calling?
oh sweet dear of mine, 
 When i look to the west,
all across the River of Dee,
I can still see your smile,
oh greatest love of mine, 
 When the leaves have turn to brown,
and autumn's due,
as i watch the sun goes down,
I'll still think of you. 
 And when i see the first leave falls,
along the way,
On Ceaton Park to roads of Tillydrone,
sure its you i hear a whisper,
lullaby of the lifetime,
oh sweet sweet love of mine.

September '95.Kepplestone. Aberdeen.



September...autumn in my soul.

Monday, September 19, 2011

Mangga Oh Mangga

Thursday.
Setelah kelam kelibut pagi seperti biasa aku ingin memulakan langkah ke opis pulak. Tetiba ade suara orang memanggil manggil di depan pagar. Ku intai dari tingkap bilik. Ada Lelaki bertopi cowboy dengan boot hitam plastik sampai ke lutut sedang berusaha memanggil kami. Aishhhkkkk siapa pulak nim, bisik ku dalam hati. Berdebar debar jugak rasanya...apa dia nak? Aku ni memang jenis menggelabah kalau orang tak di kenali panggil panggil kita...
"Yang, cepat tengok sape tu...dari tadi tercegat kat pagar tu"..mintaku pada hubby yang juga tak siap siap. Tah apa yang di buat kt bilik air lama lama..
Lepas tu aku petrhatikan hubby pergi berbual bual sebentar, masuk rumah dan ambil kunci kereta, start kereta yang di park bawah pokok mangga tepi pagar dan memindahlan nya ke seberang jalan berhampiran kedai runcit mamak. "Apasal pulak tu?" getus ku sendirian.
Hubby kemudian masuk rumah dan terus ke bilik air semula.
Kemudian aku nampak si cowboy bawa tangga dan memanjat pohon mangga dengan sebilah parang dan mula memotong dahan2 mangga yang tinggi. Habis berguguran buah buah mangga hijau ke atas jalan, kecil, besar, tua muda, semua berteraburan. Ehhh sayang nya..bisik ku. Rupa nya si Cowboy tu adalah kontraktor TNB yang memulakan acara pembersihan talian letrik dari dahan2 pokok.
Dah, jum jalan, suara Hubby memanggil dari pintu. Tak sedar rupanya dia dah siap sedia untuk bergerak. 
'Bagi  i 10 minutes' pinta ku.


Aku mencapai baldi buruk di sudut laman dan mula memungut buah buah mangga di atas dan tepi jalan. Banyak yang sudah penyet di langgar kereta. Baldi ku penuh sekejap sahaja. Lebihan ku longgokkan di bawah pokok mangga. Ada dua tiga jiran menjenguk, dan ada yang mengambil untuk di buat sambal. Ku tinggal baldi mangga di tepi pagar, membersihkan tangan...wahhhh...banyak getah pula rupanya! 
Seharian di ofis aku terfikirkan mangga kat umah hik hik hik..Rajinkah aku buat jeruk mangga banyak banyak macam tu?



buah mangga berjuntaian di dahan. 'Pauh ringan' org Klate panggil




Besok cuti hari Malaysia, hmmm mungkin aku boleh menyiapkan jeruk mangga 'home made' yang dah lama aku tak buat. Mungkin. Sambil menyiapkan apa yang patut di pejabat, aku mengingatkan diri untuk membeli bahan2 petang nanti...

Fuhhh...penuh satu baldi jugak nim...


Sengaja ku tinggalkan baldi di tepi pagar agar sesiapa yang ingin ambil untuk buat sambal atau makan 'cholek' boleh ambil sendiri....
hmmm....proses membasuh bermula.


Pukul 8.30 pm, aku memulakan projek jeruk manggaku. Anak anakku dan hubby memerhatikan dengan heran. 'siapa nak makan ma?' tanya anak ku. 'abah dan adik tak makan asam....'hmmm...dalam rumah nim aku sorang je yang gemarkan asam. 

siap basuh, ready untuk di kupas...




1jam, 20 minit, siap di kupas.
Ahaks... lama masa di ambil kerana mengupas mangga sambil menonton Tv...he he he he. Sambil tu kena rendam dalam air yang bergaram juga, supaya getah getah yang masih tersisa bersih .


Terpaksa menghiris pelbagai rupa kerana kebanyakan mangga sudah keras 'tempurung' bijinya. Lebih cantik jika mangga yang masih muda di belah dua saja.


Dua jam dan dua luka di tangan, akhirnya proses mengupas dan memotong siap..Fuhhh, lenguh juga jari jemari di buatnya. Potongan2 mangga di biarkan di dalam rendaman air garam selama 2 hingga 5 jam. Ada sesetengah orang akan meletak kan sedikit kapur makan  ke dalam air garam ini bagi merangupkan isi mangga. Tapi aku memang tidak gemarkan rasa kapur, jadi aku tidak pernah menggunakan kapur. Kalau boleh dalam resepi kueh tradisi pun aku cuba untuk menggunakan versi tanpa kapur...contohnya cendol...;p




menyediakan ramuan, gula melaka, gula, garam . Di panaskan hingga larut. sejukkan.


Apabila adunan gula melaka sejuk, tambahkan gula putih jika perlu, dan sedikit cuka sebagai bahan pengawet . Mangga yang sudah di rendam air garam di toskan sebentar. Kemudian sediakan mangga dalam bekas yang sesuai dan campurkan adunan gula melaka bersama mangga. Gaul rata. Biarkan selama semalaman. Keesokan hari boleh di rasa samada rasa masam, masin dan manis mencukupi atau tidak. Jika perlu tambahlah gula atau garam secukupnya. Masukkan Mangga ke dalam peti sejuk supaya tahan lama. 




Adunan gula melaka siap di tuang.






selepas 2 hari, Jeruk mangga siap untuk di edar pada kekawan dan Jirans...;)
hidangkan bersama cili bagi lebih Kaw!! ;))


Sekian kesah mangga depan rumah ku. Aku bangga kerana dapat berkongsi jeruk mangga home made bersama rakan rakan...;p. Sedappp tawwww...he he