salam to All.


Tuesday, December 11, 2012

The Devil in me...

Entah lah, lamanya tinggalkan blog, ada Blog, ada Fb, ada page, ada Flickrs, Untuk apa sebenarnya semua tu? Satu waktu dulu terasa macam semua nak di tulis, nak buat macam virtual Diary, tapi sekarang nak update status di FaceBook pun dah malas. Orang kata macam dapat kasut baru agaknya, nak pakai sentiasa, tapi bila dah lama sikit, dah haus...letak atas rak kasut, pakai yang baru lain pulak...yang lama entah bila nak pakai semula...entahlah..ada sesuatu yang sudah bersarang dalam benak ku. Sesawang labah2? ishhhh..aku bukan spider woman!

Sejenak aku leka dengan kad kad ucapan , setiap malam sambil menonton aku mesti buat satu dua kad, sekarang hobi itu juga sudah terbiar...dulu sangat suka keluar outing shot gambar, kamera juga tergantung mengumpul habuk..apa yang tak kena dengan aku ni?
Selepas browsing pages yang berkaitan vintage items, home deco, country style, DIY, dan macam2 dr rakan2 di page, aku mula teringin nak buat interior Vintage Country Style store pulak. Berangan tak sudah. Di Malaysia ni bukan senang nak cari barang vintage sebegitu, lain kalau kat US atau UK, banyak sunday market boleh di lawati, garage sales kat rumah2 orang kaya pun selalu ada...ohhh, rugi sungguh aku tidak bersungguh-sungguh membawa balik barang2 dari sana dulu. Tiba-tiba terasa cemburu dengan suri rumah sepenuh masa, tentu ada ruang untuk melakukan hobi yang agak berat ...aku ni balik dari ofis , terkejar2 menyediakan makan malam, tup tup kepenatan, dan dah larut malam...kemudian esok nya ulang rutin yang sama. Waktu hujung minggu akan di habiskan dgn membasuh, melipat kain, menyapu, mengemop lantai..kemas, dan macam2 benda remeh-temeh..ohhhh...mana nak cari maid yang efficient sekarang ni?

Habis tu buat apa mengeluh di Blog ni?..Bukan ada orang nak bacapun!! ha ha haaa...
gambar apa nak share malam ni?  ohhh...ok, apa aku breakfast tadi..roti..lunch nasi goreng..ok ok..cukup lah jadi penghias mukasurat yang boring ni. The Devil in me is here to stay, i'm gotta do something about it. Something drastic maybe...
-------------------------------------------------------------------------------------------
Oh dear...i Wrote this entry almost a month ago, and didn't post it...well well well...now been talking and planning with a talented writers, and she was inviting me into some interesting Projects, which involved creativity and photography. Its too damn interesting to pass, okay, should give myself a try..why not? Every big things started with a little beginning..so they say...Semuga di Permudahkan oleh yang Maha Pencipta atas semua Urusan ini. ameen.

oh oh..mana gambar ni?...gambar apa nak kongsi ni?  

My latest cards mostly combination of hand made papers and fabrics...playful. :)
Playing around with stuff.
And butterfly! :)
cukup sampai di sini, ketemu lagi nanti, Dan rasanya posting akan datang akan penuh dengan makanannnnnn pulak. chowwww..Assalamualaikum.